"esok pastikan kamu semua pakai baju warna mengikut rumah masing2"laung cekgu pendidikan jasmani aku masa assembly pagi ahad...."dan jangan lupa, mana2 yang mengambil bahagian dalam setiap acara, lapor diri di ponok pengawal seawal jam 7.30pagi"sambung cekgu aku lagi, suara beliau agak serak2 perit kerana speaker rosak sbb pengawas yang bertugas tadi silap pasang wayar....abis meletup fius dan transistor speaker tersebut.....
langkah kaki aku makin bersemangat, esok aku berjanji nk perform terbaik punya depan mak ayah awek yang aku minat tu...tambahan pulak, aku ditugaskan untuk membawa bendera pasukan rumah laksamana, mesti gempak nya la dressup esok pagi. aku tersenyum bangga.
sesampai saje aku dalam kelas 3hijau tu, aku dah dengar macam2 member aku nk dressup esok pagi. ada yang nk pakai seluar pendek dengan baju lengan panjang, ada yang nk pakai seluar track yang mak dorg baru beli kt pasar hari rabu lepas...dan macam2 lagi la...aku senyum sinis je dalam hati sebab segala persiapan pakaian aku telah aku siapkan sabtu lepas lagi....aku bangga menjadi aku...
aku lepak kt meja aku sambil membayangkan yang pasukan aku akan jadi juara pasukan esok. time tu aku akan mewakili ketua rumah laksamana untuk menerima piala pusingan sebab ketua kitorg pengsan masa lumba lari 4x100 meter gara2 x warm up sebelum memulakan larian.pastu ketua pasukan aku tu kena usung dengan awek2 pbsm sambil bawak peti keselamatan yang hanya ada panadol je dalam tu...awek2 pbsm tu lawa jugak, aku rasa mesti budak2 darjah 5 nih, tgk lencana skolah kemas je kt baju tu pastu pakai tudung komform budak2 darjah 5 nih, xpun darjah 6...kan klo xpakai tudung, ustaz ngan ustazah marah...
lamunan aku terhenti tatkala cekgu matemetik aku yang garang tu masuk kelas, xsempat aku nk bayangkan yang aku akan mendapat pujian dari guru besar masa ucapan penutup, ni budak2 pbsm yang darjah 5 tu punya hal la...xpasal pasal slot dorg terlebih lak dalam lamunan aku tu..
*********************************************
sambil bawak bendera pasukan, hati aku sangat sakit hari ni...semua mata tertumpu tgk aku, sambil dorg tgk aku sambil dorg cakap2 belakang....ni adik aku punya pasal la, ada ke patut nk g tadika tadi beliau rendam baju warna biru aku tu dalam mesin basuh....huh.terpaksa aku pinjam baju chelsea abang aku, dah la besar.labuh sampai ke lutut lak tu...aku harap ketua pasukan kitorg xpengsan bila lumba lari nanti, biar dia je yang amek piala pusingan tu
Wednesday, July 7, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)