Tuesday, December 29, 2009

SELAWAT



1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18 ) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.


20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28 ) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

gunakan melodi yang sesuai.....


ada sang ulat bulu
punya kaki seribu
siapa jumpa kaki ku - kaki ku
jikalau tak dapat terpaksa ku melompat
dengan kaki seribu kurang satu....

ada sang alat bala
panya kaka saraba
sapa jampa kaka ka-kaka ka
jakala tak dapat tarpaksa ka malampat
dangan kaka saraba karang sata....

udu sung ulut bulu
punyu kuku surubu
supu jumpu kuku ku-kuku ku
jukulu tuk duput turpuksu ku mulumput
dungun kuku surubu kurung sutu....

odo song olot bolo
ponyo koko sorobo
sopo jompo koko ko-koko ko
jokolo tok dopot torpokso ko molompot
dongon koko sorobo korong soto....

idi sing ilit bili
pinyi kiki siribi
sipi jimpi kiki ki-kiki ki
jikili tik dipit tirpiksi ki milimpit
dingin kiki siribi kiring siti....

ede seng elet bele
penye keke serebe
sepe jempe keke ke-keke ke
jekele tek depet terpekse ke melempet
dengen keke serebe kereng sete...

Saturday, December 19, 2009

Al-Fatihah


dalam sebuah pulau, terdapat sebuah sekolah pondok...tuan gurunya sungguh hebat dalam ilmu agama...salah satu ilmu yang disampaikan adalah zat-zat yang ada dalam surah al-fatihah...tuan guru ada berpesan pada anak muridnya supaya memahami setiap huruf yang ada dalam surah al-fatihah...dan setiap huruf ada zat-zat tertentu...dengan al-fatihah,kita mampu berjalan atas air dengan keyakinan pada kuasa Allah serta dengan izin Allah...

suatu hari, tuan guru dan anak-anak muridnya pergi ke kampung seberang untuk menyampaikan dakwah...semasa perjalanan pergi, khidmat bot penumpang disediakan...mereka pun menyeberangi laut untuk ke tanah besar....setelah sampai ke tanah besar, mereka pun meneruskan agenda yang dirancang di sekolah pondok....agenda diteruskan sehingga selesai...apabila selesai segala agenda mereka, mereka pun pulang...akan tetapi, setibanya mereka di jeti tanah besar, didapati bahawa kesemua bot penumpang telah rosak...tuan guru pun mula berfikir, bagaimana cara menyeberangi laut untuk pulang ke sekolah pondok semula???salah seorang anak muridnya memberi pendapat bahawa dengan ilmu yang telah disampaikan oleh tuan guru dipraktikkan...hanya dengan menggunakan surah al-fatihah....kesemua anak murid tuan guru itu pun terus membaca al-fatihah dengan penuh keyakinan dan memohon pada Allah supaya hajat mereka tercapai...seiringan penghayatan setiap zat-zat yang ada pada surah al-fatihah tersebut....akan tetapi, tuan guru masih terkaku...setelah semua anak murid berdoa pada Allah, mereka pun terus sahaja berjalan sehingga sampai ke pulau tersebut...tuan guru masih terkaku di jeti tanah besar...sampai sahaja anak-anak murid ke pulau, mereka mencari di mana tuan guru...alangkah terkejutnya, tuan guru masih lagi terkaku di jeti tanah besar...mereka pun menjerit supaya tuan guru menggunakan al-fatihah...tuan guru masih lagi terpinga-pinga...bagaimana mereka boleh berjalan atas air sehingga sampai ke pulau???boleh atau tidak???timbul lah keraguan pada si tuan guru...si tuan guru pun mula berfikir, masakan tuan guru sendiri tidak mampu untuk sampai ke pulau dengan menggunakan al-fatihah...si tuan guru pun mula membaca al-fatihah dan memohon pada Allah supaya si tuan guru ini dapat menyeberangi laut tanpa bot....setelah selesai bertafakur, si tuan guru ini pun mula berjalan...tetapi malangnya, si tuan guru ini tenggelam dalam air...si anak-anak murid terkejut melihat tuan guru mereka tenggelam dalam air....mereka mengucap panjang....

kesimpulan:subhanallah,alhamdulillah,laailahaillallah dan Allahuakhbar....

Sunday, December 6, 2009

bila???




bila dengar,kita lupa....

bila lihat,kita ingat....

bila buat,kita faham......

Thursday, December 3, 2009

assalammualaikum..

selepas lame sungguh tak menaip, tangan agak keras sekarang ni. nak tekan pn susah. sekarang ni aku ngah bercuti. btol-btol bercuti. duk umah, makan, minum, tgok tv, o9, makan balik, tdo, kuar umah pn bleh dibilang brape kali je. memang trully cuti la. agak risau dengan keadaan abdomen yg semakin menghilang kesan petak tp masih bleh dikawal kebulatan itu.

tadi aku tgok berite. menda yang dh memang sangat lame tak wat sepanjang setengah taun ni. sejak sminggu ni, tgok berite kul 8 dh jadi jadual harian. tp brite td bikin aku mempersoal sikap orang politik.

ye. politik tajuk rini. tajuk kecik, perangai wakil rakyat yang tak matang.

kisahnye macam ni, kat peneng ada ahli dewan kne denda pas tu puak-puak die pn join kuar dewan gak. aku pelik ngan perangai ni. korang 2 sume dipilih rakyat wt keje untuk rakyat, dibayar gaji oleh rakyat, jadi tak payah la beria-ria nk menyokong parti masing-masing. masalah ni dh lame aku peratikan. makin lame makin menjadi-jadi. sekarang ni dh jadi trend, ada geng die kne denda atau halau yg lain join sekali. adoyai...

masing-masing dh tua bangka. jangan la terlalu ikutkan hati. PK la bebanyak. orang yang mengundi awak 2 tgok kt tv sedih je. awak orang xwat keje untuk rakyat. mase pancing undi, macam-macam janji ditabur.

lagi satu masalahnye, tokey-tokey parti pn sama. yang ni bising pasal nk tegakkan integriti parti, nk hapsukan politik wang, nk utamakan rakyat la.. banyak menda lain yang diorang nmpak tp menda macam ni diorang x nmpak. tegur la dulu orang-orang bawah tu. keje dlu. pastu baru pkkan mende lain. nk mogok pn, settlekan dlu masalah rakyat. jangan ikut kepala angin je.
kalo macam ni la wakil rakyat, sape lagi nk tolong bawak masalah rakyat yg banyak ni.

ble cakap pasal menda mcm ni, emosi akan main peranan even skit. jadi baik stop dlu.
ini cuma luahan seorang rakyat yang xpenah mengundi. semoga wakil-wakil rakyat ni paham dalam-dalam maksud "WAKIL RAKYAT".

sekian.