Saturday, December 19, 2009

Al-Fatihah


dalam sebuah pulau, terdapat sebuah sekolah pondok...tuan gurunya sungguh hebat dalam ilmu agama...salah satu ilmu yang disampaikan adalah zat-zat yang ada dalam surah al-fatihah...tuan guru ada berpesan pada anak muridnya supaya memahami setiap huruf yang ada dalam surah al-fatihah...dan setiap huruf ada zat-zat tertentu...dengan al-fatihah,kita mampu berjalan atas air dengan keyakinan pada kuasa Allah serta dengan izin Allah...

suatu hari, tuan guru dan anak-anak muridnya pergi ke kampung seberang untuk menyampaikan dakwah...semasa perjalanan pergi, khidmat bot penumpang disediakan...mereka pun menyeberangi laut untuk ke tanah besar....setelah sampai ke tanah besar, mereka pun meneruskan agenda yang dirancang di sekolah pondok....agenda diteruskan sehingga selesai...apabila selesai segala agenda mereka, mereka pun pulang...akan tetapi, setibanya mereka di jeti tanah besar, didapati bahawa kesemua bot penumpang telah rosak...tuan guru pun mula berfikir, bagaimana cara menyeberangi laut untuk pulang ke sekolah pondok semula???salah seorang anak muridnya memberi pendapat bahawa dengan ilmu yang telah disampaikan oleh tuan guru dipraktikkan...hanya dengan menggunakan surah al-fatihah....kesemua anak murid tuan guru itu pun terus membaca al-fatihah dengan penuh keyakinan dan memohon pada Allah supaya hajat mereka tercapai...seiringan penghayatan setiap zat-zat yang ada pada surah al-fatihah tersebut....akan tetapi, tuan guru masih terkaku...setelah semua anak murid berdoa pada Allah, mereka pun terus sahaja berjalan sehingga sampai ke pulau tersebut...tuan guru masih terkaku di jeti tanah besar...sampai sahaja anak-anak murid ke pulau, mereka mencari di mana tuan guru...alangkah terkejutnya, tuan guru masih lagi terkaku di jeti tanah besar...mereka pun menjerit supaya tuan guru menggunakan al-fatihah...tuan guru masih lagi terpinga-pinga...bagaimana mereka boleh berjalan atas air sehingga sampai ke pulau???boleh atau tidak???timbul lah keraguan pada si tuan guru...si tuan guru pun mula berfikir, masakan tuan guru sendiri tidak mampu untuk sampai ke pulau dengan menggunakan al-fatihah...si tuan guru pun mula membaca al-fatihah dan memohon pada Allah supaya si tuan guru ini dapat menyeberangi laut tanpa bot....setelah selesai bertafakur, si tuan guru ini pun mula berjalan...tetapi malangnya, si tuan guru ini tenggelam dalam air...si anak-anak murid terkejut melihat tuan guru mereka tenggelam dalam air....mereka mengucap panjang....

kesimpulan:subhanallah,alhamdulillah,laailahaillallah dan Allahuakhbar....

No comments:

Post a Comment