Sunday, February 28, 2010

aircond second

'kulit album'

sekarang ni kalo g mana2 je mesti berpeluh, tu kalo g mana2....klo xg mana2 pn berpeluh gak. panas xpayah nk story la smpai mandi pagi pn xrasa sejuk, dulu sejuk sampai mengigil2 tubuh. tapi tu dulu, sekarang?...nk kluar fotostat gambar berukuran pasport 4keping pn rasa malas yang amat.....

dalam rumah pn dah rasa macam dalam ketuhar...sape2 yang ada kolam renang dalam rumah tu bersyukur la, senang2 ajak la member2 join skali skala...dapat pahala, pastu jangan lupa sediakan sekali sirap limau ais ke, cndol madu ke, oren ke....kena pulak ada bubur kacang ngan roti jala xpun nasik lemak+papadom, pergh...hari2 ajak pn xpe, aku sanggup g....

dulu kalo tidur malam tu mesti selimut pakai toto...siap rebut2 lagii ngan mmber sebelah, sapa yang paling kuat tarik, dia la yang best tido, tapi sekarang....jangan cakap selimut nipis, baju pn rasa xnak pakai tapi sebb nyamuk bnyak sangat kan, tu yang baju pakai tu...lgpn klo tido xpakai baju nnt apa pulak kata jiran sebelah, naseb baik aku ada beli jersey kelas sem3 dulu, dapat gak aku jadikan jersey tu baju tido aku....

sapa2 yang ada tgk katelok kotmemoh ataupun seng heng ke, tolong bagtaw aku kalo2 korg ada jumpa ekon seken yang bawah rm93, 1.5hp....nnt aku blanje korg sebagai habuan, tapi syarat amaun blanja tu xleh lebih rm2.65...ok tu je, bgtaw sebelum hujan di tengah hariye.....

Wednesday, February 24, 2010

cerita bergambar

ini adalah kisah pasal pak samad. di kg pak samad lebih dikenali sebagai brad pitter sebab beliau suka sgt tgk cter cartoon tom n jerry...hampir tiap2 pagi sabtu pak samad akan terpacak depan tv ntuk tgk cter ben10, juga fav cartoon pak samad..........

ini pula isteri paksamad, kak jolie....nama penuh kak jolie ialah puan musalmah bt kadir. kak jolie tgh risau memikirkan hubungan rumah tangga beliau dengan paksamad tu, dengar kata paksamad ada affair dengan makcik jiran sebelah....


"ko tahu jolie, semalam aku terserempak dengan laki ko kt town, aku nampak beliau hisap rokok marlboro....mahal tu"kata puan rogakiah...puan rogakiah nh rakan baik kak jolie cz masa kecik2 dulu mereka satu kelas time darjah 3 sampai darjah 6, masuk form1 mereka terpisah sebab kak jolie dapat masuk skolah mrsm, puan rogakiah pulak masuk skolah menengah harian je.

balik je pak samad dari rumah, terus kak jolie tuduh bukan2 kt pak samad...tu semua angkara puan rogakiah yang selalu jadi batu api rumah tangga diorg, kesian pak samad.....
pak samad yang tengah letih dan penat time tu terus ajak kak jolie duduk bersemuka, pak samad terangkan kepada kak jolie tentang perkara yang sebenar......



sebenarnya pak samad menyambung pelajaran beliau tanpa pengetahuan kak jolie...pada akhir tahun itu, pak samad berjaya menyiapkan PHd beliau. rupa2 nya pak samad hisap rokok tu sebab nk kaji kandungan bahan kimia yang terkandung dalam asap rokok tersebut dan bukan nya pak samad ingin berjinak2 dengan rokok. tu adalah tajuk kajian pak samad, apa la kak jolie tu.....

akhirnya mereka pun hidup bahagian disamping anak2 yang kian meningkat remaja...itu lah kisah pak samad

Wednesday, February 10, 2010

suatu detik yang lalu

"silau la....."

pin...pin....pinnn.....
"woi jalan r, kan dah nak ijau....jab lagi hijau la tu...."

..........................................

budak2 zaman sekarang, xde kesedaran sivik langsung....
sembang nk kencang, berlagak macam pemangku presiden negara afrika selatan...
merokok pakai baju skolah mengalahkan rosyam nor isap rokok.....
rokok sebatang kongsi 6org.....
sedut asap rokok pn batuk2 lagi....


klo aku g minum cendol best gak ptg2 yang panas nh....

Saturday, February 6, 2010

sepi tanpa kamoo

"ini kawan2 saya termasuklah kamoo"

kelihatan sepasang kekasih itu sedang enak berpacaran sehinggakan kehadiran sepasukan ahli pengakap sekolah rendah sri kenanga itu tidak mereka sedari. cekgu pengiring menyuruh pasukan pengakap itu mendirikan khemah, satu cara untuk mengalihkan perhatian kanak2 terhadap pasangan tadi. sambil dibantu oleh guru mereka, 4biji khemah berjaya didirikan dalam masa yang agak singkat..........

aku menutup buku yang aku pinjam dari perpustakaan sekolah tadi pagi. untuk ke4 kali aku telah ke perpustakaan untuk menjalankan misi, sebanyak 4kali tersebut, sudah 16bijik buku telah aku pinjam dan 2 daripada nya telah selesai aku baca, 6 daripadanya aku telah pulangkan dan 1 daripada buku2 yang aku pinjam itu kakak aku pinjam baca, kata kakak aku...buku tu untuk awek2 je....'resipi memasak bagi gadis2', tajuk buku tersebut.......

ni semua gara2 cekgu aku yang sibuk sana sini dok canang kt assembly suh pinjam buku banyak2. tahun ni ada program nilam kt sekolah aku sama macam tahun lepas, klau tahun lepas budak yang menang tu dapat vaucer KFC rm30, tapi tahun ni aku rasa hadiah tu up sket....dah 3minggu aku tgk satu beskal bmx kt library tu....warna kegamaran aku lak tu.....biru

daripada rentetan tersebutlah, telah menguatkan azam aku untuk terus meminjam buku2 dari library sekolah, biarpun daripada jumlah yang aku nyatakan tadi, hanya 2bijik sahaja yang berjaya aku baca....itu pun sebab ada 16muka surat je....setiap muka surat ada gambar2 miki maus ngan awek dia si mini maus.cantik gak gaya lukisan pelukis tu.......aku ingat bila besar nanti nk jadi pelukis la.........