Friday, December 31, 2010
CUTI
Wednesday, July 7, 2010
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
langkah kaki aku makin bersemangat, esok aku berjanji nk perform terbaik punya depan mak ayah awek yang aku minat tu...tambahan pulak, aku ditugaskan untuk membawa bendera pasukan rumah laksamana, mesti gempak nya la dressup esok pagi. aku tersenyum bangga.
sesampai saje aku dalam kelas 3hijau tu, aku dah dengar macam2 member aku nk dressup esok pagi. ada yang nk pakai seluar pendek dengan baju lengan panjang, ada yang nk pakai seluar track yang mak dorg baru beli kt pasar hari rabu lepas...dan macam2 lagi la...aku senyum sinis je dalam hati sebab segala persiapan pakaian aku telah aku siapkan sabtu lepas lagi....aku bangga menjadi aku...
aku lepak kt meja aku sambil membayangkan yang pasukan aku akan jadi juara pasukan esok. time tu aku akan mewakili ketua rumah laksamana untuk menerima piala pusingan sebab ketua kitorg pengsan masa lumba lari 4x100 meter gara2 x warm up sebelum memulakan larian.pastu ketua pasukan aku tu kena usung dengan awek2 pbsm sambil bawak peti keselamatan yang hanya ada panadol je dalam tu...awek2 pbsm tu lawa jugak, aku rasa mesti budak2 darjah 5 nih, tgk lencana skolah kemas je kt baju tu pastu pakai tudung komform budak2 darjah 5 nih, xpun darjah 6...kan klo xpakai tudung, ustaz ngan ustazah marah...
lamunan aku terhenti tatkala cekgu matemetik aku yang garang tu masuk kelas, xsempat aku nk bayangkan yang aku akan mendapat pujian dari guru besar masa ucapan penutup, ni budak2 pbsm yang darjah 5 tu punya hal la...xpasal pasal slot dorg terlebih lak dalam lamunan aku tu..
*********************************************
sambil bawak bendera pasukan, hati aku sangat sakit hari ni...semua mata tertumpu tgk aku, sambil dorg tgk aku sambil dorg cakap2 belakang....ni adik aku punya pasal la, ada ke patut nk g tadika tadi beliau rendam baju warna biru aku tu dalam mesin basuh....huh.terpaksa aku pinjam baju chelsea abang aku, dah la besar.labuh sampai ke lutut lak tu...aku harap ketua pasukan kitorg xpengsan bila lumba lari nanti, biar dia je yang amek piala pusingan tu
Monday, June 14, 2010
serba tak kena
Sunday, June 13, 2010
kau mampu???aku???
Wednesday, May 26, 2010
cuma
ia datang dengan tiba tiba.....
tanpa diundang...
tanpa diminta.....
tanpa dijemput dan tanpa dipinta....
terlalu tiba tiba....
diluar sedar pengetahuan....
diluar batasan keupayaan...
walau jauh kita lari, ia tetap mengejar.....
walau sangat kita takuti, ia tetap menghantui.....
menguji keimanan diri, menguji kecekalan hati.....
usah ragu....
Dia sedang berbicara dengan kita melalui ujian Nya....
semoga kita tabah mengharungi segala nya....
Friday, May 21, 2010
ohoi...
Wednesday, May 12, 2010
kini aku di sini
sekarang nh bos xder, brader senior pn xder gak....dgr nye g putrajaya, so aku mengambil kesempatan untuk tulis pengalaman baru aku nih. sebenarnya aku nk ilangkan rasa shahdu mata je nh......pengalaman seorang bakal graduan...hah ha...tempat praktikal aku ok la....aku suka gak mula2 datang sini, tapi ni dah masuk 3hari dok tgk drawing n baca buku akta2 nih, dah rasa naik borim lak.......
staf...ok la, bos memang sempoi giler...kadang2 aku yang pakai kasut pn rasa segan kt beliau cz beliau punye dress up xyah cakap la sempoi yang amat.....aku harap beliau suka tengok naruto, bleh aku ajak join sembang pasal naruto time nk g meting nh...staf lain sume best la....makcik yang jual nasik bawah tu pn ok gak aku rasa....jadinya aku harap tengahari nnt makcik tu bagi diskaun kt meal lunch aku...uuuu....skepping tu....hah ha
aku harap hari ni ada peningkatan dalam prestasi kerja aku...dah dua hari aku curi2 tido...heh heh...xtahan....maklum la, hobi aku mengumpul setem di alam mimpi, jadinye klo aku nk berhobi, aku kena tido dulu...harapan aku agar boss aku tu minat naruto mmg tebal giler nh....aku harap sangat2....
Tuesday, May 11, 2010
perhubungan
Wednesday, May 5, 2010
everythings around us
Look around yourselves
Tuesday, May 4, 2010
warna-warni
Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan... Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam , alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .
Subhanallah. .
Thursday, April 15, 2010
DETIK DEMI DETIK
salam kawan2 semua.....
tiada niat lain aku utuskan warkah ini untuk kalian hanyalah sekadar membasahi lagi memori antara kalian....
aku menarikan pena dan ku titipkan tinta nya ke atas sekeping helaian kertas yang tiada nilai tapi ku yakin... bahwa isi nya akan ku pastikan amat bernilai.....
dengan perintah Nya kita dipertemukan...hadir dengan pelbagai ragam, pelbagai latarbelakang, pelbagai bangsa, pelbagai karenah...tapi dengan satu tujuan...itu unik nya KITA....
penuh onak dan duri kita tempuhi, penuh ranjau kita lalui, penuh tabah kita hadapi, berkat kesabaran itu, akhirnya kita ke detik ini......detik yang diimpikan tapi sangat memilukan.....
semoga lakaran warna warni pelangi yang kita coretkan ini segar dalam lipatan memori kita semua......dan detik itu tiba jua....lalu pola iris mata ku mula bergenang.....hah ha
notajarikaki:ni nukilan kron.....hah hah hah
Wednesday, April 14, 2010
istilah
(tadika)
kawada(mainan lego), plastesin, gosok gigi, ubat cacing, lagu negara ku, doa makan, cekgu, adiah, rotan, 12kaler luna, crayon, buku cerita.......
(zaman persekolahan)
kantin, padang perhimpunan, makmal sains, pustaka, taman sumber, kaler magic, pensel tekan, kalsium klorida kontang, bofa set, papan Lk, lencana sekolah,.........
(zaman IPT)
mesin larik, kamsis, kafe, henset, simcard, cek, teknician, arkeb, F2, sorlinaz, G3, BTN, sikun jaya, konvo, jubah,....paling xdapat dilupakan....PSM....hah ha
itu lah istilah yang mematangkan kita......
semoga istilah ini senantiasa segar dalam ingatan kita.....
Wednesday, April 7, 2010
maghfirah....
Monday, April 5, 2010
syukur....
- Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.(Al-Baqarah ayat 172)
- Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya.(Ali-`Imraan ayat 123)
- Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."(Al-A`raaf ayat 128)
- Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tiada mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.(Hud ayat 115)
Tuesday, March 30, 2010
kata hati
meneliti niat sekali lagi,
cuba mengingatkan diri akan masa gelap dahulu
adakah sudah berbeza kini?
adakah tetap bergelap waktunya?
berbaring, sudah.
berjalan, sudah, apa lagi akan kubuat?
masihkah ada sinar mentari?
masihkah ada yang sayang?
masihkah esok bagiku?
penyesalan…
terkadang ada, terkadang tiada.
niat ini masih kuat,
akan cuba ku genggam se erat boleh,
akan cuba ku tunaikan sebelum mentari melabuhkan tirainya..
2.54 petang.
Friday, March 19, 2010
terjun tiruk
1 petang tu...memang panas giler la...aku tengah lepak ngan anak pak brahim, jenal nama dia, tp umor dia ni atas aku setahun...nak dijadikan cerita...aku ajak la si jenal ni pegi kotai (port lepak kat tepi sungai)..dah memang panas kan..so pe salah nya g menyuci diri kat sungai tu kan..aku ngan jenal start la kayuh basikal copper yang naik roboh tu ke kotai...
penyelesaian masalah....
permasalahan: 2 manusia yang penuh dengan keegoan dan berbalah antara satu sama lain...
Thursday, March 18, 2010
karangan pertama saya
cekgu nak kamu semua tulis karangan tentang "saya sebatang pen"...lantang suara cekgu kamil menggesa kami menghasilkan karangan yang bermutu.....
kanak2 perempuan tersebut bernama siti zulaikha bt mohd zulfadli al ghazi. saya sangat disukai oleh tuan saya. beliau selalu membawa saya bersiar siar ketika hujan lebat. beliau juga selalu menggunakan saya untung menconteng buku2 kakak nya yang pada ketika itu kakak nya sedang makan di ruang tamu sambil menonton tv, kakak nya suka tengok cerita realiti tv dimana pada ketika itu american idol sedang ditayangkan di tv9. kakak nya tidak tahu ketika beliau menconteng buku kakak nya itu kerana kakak nya tidak nampak beliau sedang menconteng buku kakak nya itu. selepas kakak nya mengetahui perbuatan beliau, baru lah kakak nya marah kan tuan saya tersebut. saya juga dimarahi oleh kakak tuan saya tadi kerana disebabkan saya, semua buku2 kakak tuan saya tadi telah rosak. saya sangat sedih, kakak tuan saya hanya tahu menuduh padahal itu semua bukan salah saya. selepas kakak tuan saya dimarahi oleh kakak nya, beliau mengambil saya. saya sangkakan tuan saya tadi ingin memujuk saya dengan kata2 motivasi yang sangat saya perlukan ketika itu, rupa2 nya sangkaan saya silap. tuan saya memegang saya dengan kuat sekali sehinggakan sukar untuk saya bernafas, selepas itu tuang saya tadi mematahkan badan saya. saya sangat sakit. tuan saya membaling saya keluar tingkap. tamatlah riwayat hidup saya. sebelum riwayat hidup saya ditamatkan, saya sempat mengingati nama kakak tuan saya itu, nama nya ialah siti mustakimah bt seperti nama bapa tuan saya juga....
Sunday, March 14, 2010
muhasabah diri
maka banyak la sesi fotografi dijalankan xkira lah ada even ke..xde even ke, sume nk capture. tp xpe, aku suka sesi2 fotografi nih, mak cik klener perwira cakap, muka aku ni fotogenik..aku rasa kaka2 tu lahir dari hati beliau yang suci tu...aku percaya walaupun xseratus peratus...sebb time beliau cakap centu, beliau mintak tolong aku antar beliau kt depan pintu pagar....katanya xlarat nk jalan, dh la tumpang xpakai helmet..risau aku kt pak guard yang dok ushar tu...
sesi mengedit jugak makin kencang dijalankan...part ni aku suka, muka dah macho makin la bertambah macho...lihat saja foto paeh yang berlatar belakang kan lorong yang suram tu...sangat stail dan gelap...melambang kan jiwa paeh yang suka akan kegelapan, angker, ganas dan juga berhati taman...hik2, sory paeh.hah ha....
cuma aku nk sajes kt budak2 fotographer ni, mana2 yang tengah pening dok cari view2 yang menarik untuk di snap, aku sajes datang r umah sewa aku kt taman pintas jaya nh....umah no8...blakang tu ada satu pokok besar, tinggi dan kurang daun..klo amek time matahari terbenam cun siot...kubur2 kt bawah tu pn ok gak klo nk snap..kasi insaf sket budak2 punkmetal...hah ha...dikesempatan ini, aku nk ucapkan selamat maju jaya buat bdk2 yang amek kursus kawen minggu depan...
Tuesday, March 9, 2010
think n think..
Sunday, March 7, 2010
Monday, March 1, 2010
DIET
menu paling best “kedai atuk”
nasi goreng kampung banyak mcm ni…
sambil date makan plak pizza..
kalo singgah pasar malam, mesti ada menda ni..
nak diet tapi makanan- makanan kt atas ni wt sumenye memberi cabaran besar. tapi stakat ni, diet berjalan lancar. Nasi dicatu dan bz kan diri ngan main PES spanjang mase-nnti leh lupe pasal makan. smoga niat baik ini diberkati Allah.
asas pengambilan mkanan harian aku sekarang.
P/S: berjuanglah selagi mampu.
Sunday, February 28, 2010
aircond second
dalam rumah pn dah rasa macam dalam ketuhar...sape2 yang ada kolam renang dalam rumah tu bersyukur la, senang2 ajak la member2 join skali skala...dapat pahala, pastu jangan lupa sediakan sekali sirap limau ais ke, cndol madu ke, oren ke....kena pulak ada bubur kacang ngan roti jala xpun nasik lemak+papadom, pergh...hari2 ajak pn xpe, aku sanggup g....
dulu kalo tidur malam tu mesti selimut pakai toto...siap rebut2 lagii ngan mmber sebelah, sapa yang paling kuat tarik, dia la yang best tido, tapi sekarang....jangan cakap selimut nipis, baju pn rasa xnak pakai tapi sebb nyamuk bnyak sangat kan, tu yang baju pakai tu...lgpn klo tido xpakai baju nnt apa pulak kata jiran sebelah, naseb baik aku ada beli jersey kelas sem3 dulu, dapat gak aku jadikan jersey tu baju tido aku....
sapa2 yang ada tgk katelok kotmemoh ataupun seng heng ke, tolong bagtaw aku kalo2 korg ada jumpa ekon seken yang bawah rm93, 1.5hp....nnt aku blanje korg sebagai habuan, tapi syarat amaun blanja tu xleh lebih rm2.65...ok tu je, bgtaw sebelum hujan di tengah hariye.....
Wednesday, February 24, 2010
cerita bergambar
ini pula isteri paksamad, kak jolie....nama penuh kak jolie ialah puan musalmah bt kadir. kak jolie tgh risau memikirkan hubungan rumah tangga beliau dengan paksamad tu, dengar kata paksamad ada affair dengan makcik jiran sebelah....
"ko tahu jolie, semalam aku terserempak dengan laki ko kt town, aku nampak beliau hisap rokok marlboro....mahal tu"kata puan rogakiah...puan rogakiah nh rakan baik kak jolie cz masa kecik2 dulu mereka satu kelas time darjah 3 sampai darjah 6, masuk form1 mereka terpisah sebab kak jolie dapat masuk skolah mrsm, puan rogakiah pulak masuk skolah menengah harian je.
balik je pak samad dari rumah, terus kak jolie tuduh bukan2 kt pak samad...tu semua angkara puan rogakiah yang selalu jadi batu api rumah tangga diorg, kesian pak samad.....
pak samad yang tengah letih dan penat time tu terus ajak kak jolie duduk bersemuka, pak samad terangkan kepada kak jolie tentang perkara yang sebenar......
sebenarnya pak samad menyambung pelajaran beliau tanpa pengetahuan kak jolie...pada akhir tahun itu, pak samad berjaya menyiapkan PHd beliau. rupa2 nya pak samad hisap rokok tu sebab nk kaji kandungan bahan kimia yang terkandung dalam asap rokok tersebut dan bukan nya pak samad ingin berjinak2 dengan rokok. tu adalah tajuk kajian pak samad, apa la kak jolie tu.....
akhirnya mereka pun hidup bahagian disamping anak2 yang kian meningkat remaja...itu lah kisah pak samad
Wednesday, February 10, 2010
suatu detik yang lalu
"woi jalan r, kan dah nak ijau....jab lagi hijau la tu...."
..........................................
budak2 zaman sekarang, xde kesedaran sivik langsung....
sembang nk kencang, berlagak macam pemangku presiden negara afrika selatan...
merokok pakai baju skolah mengalahkan rosyam nor isap rokok.....
rokok sebatang kongsi 6org.....
sedut asap rokok pn batuk2 lagi....
klo aku g minum cendol best gak ptg2 yang panas nh....
Saturday, February 6, 2010
sepi tanpa kamoo
aku menutup buku yang aku pinjam dari perpustakaan sekolah tadi pagi. untuk ke4 kali aku telah ke perpustakaan untuk menjalankan misi, sebanyak 4kali tersebut, sudah 16bijik buku telah aku pinjam dan 2 daripada nya telah selesai aku baca, 6 daripadanya aku telah pulangkan dan 1 daripada buku2 yang aku pinjam itu kakak aku pinjam baca, kata kakak aku...buku tu untuk awek2 je....'resipi memasak bagi gadis2', tajuk buku tersebut.......
ni semua gara2 cekgu aku yang sibuk sana sini dok canang kt assembly suh pinjam buku banyak2. tahun ni ada program nilam kt sekolah aku sama macam tahun lepas, klau tahun lepas budak yang menang tu dapat vaucer KFC rm30, tapi tahun ni aku rasa hadiah tu up sket....dah 3minggu aku tgk satu beskal bmx kt library tu....warna kegamaran aku lak tu.....biru
daripada rentetan tersebutlah, telah menguatkan azam aku untuk terus meminjam buku2 dari library sekolah, biarpun daripada jumlah yang aku nyatakan tadi, hanya 2bijik sahaja yang berjaya aku baca....itu pun sebab ada 16muka surat je....setiap muka surat ada gambar2 miki maus ngan awek dia si mini maus.cantik gak gaya lukisan pelukis tu.......aku ingat bila besar nanti nk jadi pelukis la.........