dulu..aku ada seorang kawan..kawan aku ni baik giler ngan kawan dia yg sorang lagi..aku bkn nak cite psl aku ni..tapi cite antara kawan aku ngan kawan dia..
untuk merahsiakan identiti mereka,biarlah aku namakan mereka sebagai 'S' utk sudin dan 'B' untuk bakri..diorang ni x penah berenggang melainkan pada waktu tido.
melihat keakraban mereka,aku jd terharu dan fikiran aku senantiasa membayangkan seolah-olah mereka adalah 2 orang askar yg berjuang bersama-sama di medan perang, bertindak dgn berhati-hati seperti seekor kucing yg bersedia utk mengambil sisa2 makanan dari atas meja kt kedai mamak yg mejanya dorg atur smpi kt tepi longkang, malangnya terkena pula periuk api tanpa disedari..kaki B ngan S putus..tp,dorang jatuh dekat2..B cedera parah..S cedera ckit je sbb putus sblh kaki je..time ni, S la yg tolong jaga B drpd serangan musuh smpai la B akhirnya menghembuskan nafas yg terakhir di pangkuan sahabatnya itu..oleh kerana dendam yg membara, S pun mula mengamuk dan menghapuskan semua musuh yg ada.."darah dibalas dgn darah..." kata S sebelum menembak mati ketua penjahat itu..selepas semua musuh diselesaikan, S merangkul mayat sahabatnya dan meraung ke langit..hujan turun mencurah-curah seolah-olah menangisi pemergian sahabatnya..kilat sabung menyabung seolah-olah memarahi ketidakadilan dunia..perlahan-lahan, S angkat mayat sahabatnya dan membawanya ke tepi gaung..setelah membulatkan tekad, dia mencampak mayat sahabatnya ke bawah..akhirnya, beliau juga nekad utk terjun ke bawah kerana bagi dirinya, sudah tiada nilai utk hidup tanpa sahabatnya..
uuh..terharunya aku klu bnda ni betul2 terjadi..
aku bangkit dari lamunan..
aku sebenarnya dk dlm kelas time aku mengelamun ni..hehe.. tp,nape S x pikir psl mak ngan bapak dia time terjun td???x detail la aku punye story ni..huhu apa2 je lah..aku nk sambung cite dlm kelas ni.
time tu lecturer x datang lg. sume pelajar dok bz wat bising dlm kelas. aku xde mood nk wt bising time ni dan terus leka memerhatikan gelagat B dan S walaupun mereka duduk selang 1 meja je ngan aku. tiba2, aku dengar satu bunyi..aku tau bunyi ni..konfem kentut!!
aku tengok B dan aku yakin kentut itu dihasilkan oleh dia kerana bunyi yg agak dekat dgn aku. dia wt muka xtau. tp, sume org dh tengok dia dan menambahkan lagi kekukuhan firasat aku bahawa kentut itu berasal dari dia. sume pelajar gelak sakan dan B hanya tertunduk. tp, di saat2 genting itu, S bangun menepuk meja dan bersuara lantang,"apsal korang gelak hah? x penah kentut ke? bukan dia yg kentut td, aku la!!". muka S kelihatan marah ketika itu. kebanyakan pelajar diam melihat keseriusan S.
aku tau S berbohong dan aku 100% yakin bahawa firasat aku adalah benar!! tp,pikir2 balik, baru aku ingat mereka ni sahabat sejati..cool giler..member kentut pn sanggup mengaku!! skali lg aku terharu..huuu....(bunyi erangan manja seperti pompuan nk nangis)
5 minit selepas kejadian, kami dimaklumkan bahawa kelas dibatalkan. hampeh, x msg awl2..aku penat2 datang..
walaupun hampa kerana x dapat blaja, aku balik dgn gembira..
aku blaja benda yg lebih bermakna pada hari itu dan ianya xkan ada dlm mana2 silibus pembelajaran di malaysia..
ni adalah kisah benar time aku blaja kat poli dlu..B da S btul2 wujud..tp, aku xtau camne perkembangan diorang skrg ni. bukan aku penah tegur diorang pun..skema giler babi..x rock r aku nanti klu mmbr aku tengok aku berkawan ngan mereka..huhu
Tuesday, October 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment