datang dan pergi adalah lumrah sebagai insan...setiap kehadiran akan ada kehilangan... kehilangan bukan bermakna kesedihan...akan tetapi ianya adalah kekuatan yang dipupuk dalam diri tanpa disedari...kehadiran juga bukan bermakna kegembiraan, malahan ianya adalah suatu nikmat yang Allah berikan atas dasar kasih sayang pada hamba-Nya...kadang-kadang kita lupa bahawa Allah mengurniakan kenikmatan agar kita sentiasa mengingati-Nya...adakah kita sedar akan nikmat yang Allah berikan dalam negara kita sendiri???persoalan ini perlu ada dalam diri rakyat Malaysia...adakah kita sentiasa mensyukuri atas nikmat-Nya???sesungguhnya kemerdekaan adalah anugerah yang terlalu besar bagi seseorang yang bergelar rakyat... kedatangan kemerdekaan bukanlah hadir dengan sendirinya, malahan terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh generasi pada masa itu.. kita sebagai rakyat yang digelar generasi selepas kemerdekaan tidak pernah merasai pengorbanan mereka yang terdahulu... perjuangan bangsa perlu diteruskan agar negara Malaysia tidak hilang dari pandangan... kewujudan Malaysia bukanlah suatu mainan, terlalu banyak perbezaan jarak masa ketika kita dijajah dengan masa kita memerintah...sedarlah wahai bangsa ku...biarlah kehilangan negara berlaku pada pengakhiran kehidupan iaitu kiamat...
Saturday, October 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment