Wednesday, October 28, 2009

TITIK KEJAYAAN


KEHIDUPAN....ungkapan kehidupan amat serasi dalam perjalanan hidup kita, akan tetapi adakah kita pernah menyelongkar disebalik makna kehidupan...kamus dewan edisi ketiga mentafsirkan kehidupan adalah perihal hidup. ini bermakna, segala apa yang terjadi sepanjang perjalanan hidup kita tertakrif dalam kehidupan. samada ianya baik ataupun buruk, ia tetap kehidupan. kehidupan adalah suatu yang abstrak, ia tidak boleh disimpulkan dari segala yang terjadi dalam kehidupan. ini kerana, setiap manusia akan merasai pelbagai keadaan dan setiap manusia itu juga mempunyai daya pemikiran yang berbeza. maka kehidupan individu itu bergantung pada perjalanan hidupnya. bagaimana mereka memilih jalan untuk diri mereka.

pemilihan matlamat hidup perlu jelas. ianya akan menjadikan sesuatu yang diingini menjadi realiti. jangan sekadar ada matlamat, tetapi tidak diusahakan. bagaikan epal masak ranum ada di depan mata, tetapi tiada usaha untuk memetiknya, sedangkan kita mengidamkan epal itu. matlamat juga perlu digilap untuk memperkuatkan kualiti usaha kita. ia juga boleh dikategorikan sebagai satu sumber motivasi diri. selagi kita boleh berusaha sendirian, selagi itulah kita akan mampu untuk mencapainya. akan tetapi, kita perlu ingat bahawa kekuatan kita mempunyai tahap tertentu. oleh itu, kita jangan lah terlalu egois dengan kebolehan kita sendiri kerana itu lah yang akan menjatuhkan kita.

No comments:

Post a Comment