Tuesday, December 29, 2009

SELAWAT



1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18 ) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.


20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28 ) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

gunakan melodi yang sesuai.....


ada sang ulat bulu
punya kaki seribu
siapa jumpa kaki ku - kaki ku
jikalau tak dapat terpaksa ku melompat
dengan kaki seribu kurang satu....

ada sang alat bala
panya kaka saraba
sapa jampa kaka ka-kaka ka
jakala tak dapat tarpaksa ka malampat
dangan kaka saraba karang sata....

udu sung ulut bulu
punyu kuku surubu
supu jumpu kuku ku-kuku ku
jukulu tuk duput turpuksu ku mulumput
dungun kuku surubu kurung sutu....

odo song olot bolo
ponyo koko sorobo
sopo jompo koko ko-koko ko
jokolo tok dopot torpokso ko molompot
dongon koko sorobo korong soto....

idi sing ilit bili
pinyi kiki siribi
sipi jimpi kiki ki-kiki ki
jikili tik dipit tirpiksi ki milimpit
dingin kiki siribi kiring siti....

ede seng elet bele
penye keke serebe
sepe jempe keke ke-keke ke
jekele tek depet terpekse ke melempet
dengen keke serebe kereng sete...

Saturday, December 19, 2009

Al-Fatihah


dalam sebuah pulau, terdapat sebuah sekolah pondok...tuan gurunya sungguh hebat dalam ilmu agama...salah satu ilmu yang disampaikan adalah zat-zat yang ada dalam surah al-fatihah...tuan guru ada berpesan pada anak muridnya supaya memahami setiap huruf yang ada dalam surah al-fatihah...dan setiap huruf ada zat-zat tertentu...dengan al-fatihah,kita mampu berjalan atas air dengan keyakinan pada kuasa Allah serta dengan izin Allah...

suatu hari, tuan guru dan anak-anak muridnya pergi ke kampung seberang untuk menyampaikan dakwah...semasa perjalanan pergi, khidmat bot penumpang disediakan...mereka pun menyeberangi laut untuk ke tanah besar....setelah sampai ke tanah besar, mereka pun meneruskan agenda yang dirancang di sekolah pondok....agenda diteruskan sehingga selesai...apabila selesai segala agenda mereka, mereka pun pulang...akan tetapi, setibanya mereka di jeti tanah besar, didapati bahawa kesemua bot penumpang telah rosak...tuan guru pun mula berfikir, bagaimana cara menyeberangi laut untuk pulang ke sekolah pondok semula???salah seorang anak muridnya memberi pendapat bahawa dengan ilmu yang telah disampaikan oleh tuan guru dipraktikkan...hanya dengan menggunakan surah al-fatihah....kesemua anak murid tuan guru itu pun terus membaca al-fatihah dengan penuh keyakinan dan memohon pada Allah supaya hajat mereka tercapai...seiringan penghayatan setiap zat-zat yang ada pada surah al-fatihah tersebut....akan tetapi, tuan guru masih terkaku...setelah semua anak murid berdoa pada Allah, mereka pun terus sahaja berjalan sehingga sampai ke pulau tersebut...tuan guru masih terkaku di jeti tanah besar...sampai sahaja anak-anak murid ke pulau, mereka mencari di mana tuan guru...alangkah terkejutnya, tuan guru masih lagi terkaku di jeti tanah besar...mereka pun menjerit supaya tuan guru menggunakan al-fatihah...tuan guru masih lagi terpinga-pinga...bagaimana mereka boleh berjalan atas air sehingga sampai ke pulau???boleh atau tidak???timbul lah keraguan pada si tuan guru...si tuan guru pun mula berfikir, masakan tuan guru sendiri tidak mampu untuk sampai ke pulau dengan menggunakan al-fatihah...si tuan guru pun mula membaca al-fatihah dan memohon pada Allah supaya si tuan guru ini dapat menyeberangi laut tanpa bot....setelah selesai bertafakur, si tuan guru ini pun mula berjalan...tetapi malangnya, si tuan guru ini tenggelam dalam air...si anak-anak murid terkejut melihat tuan guru mereka tenggelam dalam air....mereka mengucap panjang....

kesimpulan:subhanallah,alhamdulillah,laailahaillallah dan Allahuakhbar....

Sunday, December 6, 2009

bila???




bila dengar,kita lupa....

bila lihat,kita ingat....

bila buat,kita faham......

Thursday, December 3, 2009

assalammualaikum..

selepas lame sungguh tak menaip, tangan agak keras sekarang ni. nak tekan pn susah. sekarang ni aku ngah bercuti. btol-btol bercuti. duk umah, makan, minum, tgok tv, o9, makan balik, tdo, kuar umah pn bleh dibilang brape kali je. memang trully cuti la. agak risau dengan keadaan abdomen yg semakin menghilang kesan petak tp masih bleh dikawal kebulatan itu.

tadi aku tgok berite. menda yang dh memang sangat lame tak wat sepanjang setengah taun ni. sejak sminggu ni, tgok berite kul 8 dh jadi jadual harian. tp brite td bikin aku mempersoal sikap orang politik.

ye. politik tajuk rini. tajuk kecik, perangai wakil rakyat yang tak matang.

kisahnye macam ni, kat peneng ada ahli dewan kne denda pas tu puak-puak die pn join kuar dewan gak. aku pelik ngan perangai ni. korang 2 sume dipilih rakyat wt keje untuk rakyat, dibayar gaji oleh rakyat, jadi tak payah la beria-ria nk menyokong parti masing-masing. masalah ni dh lame aku peratikan. makin lame makin menjadi-jadi. sekarang ni dh jadi trend, ada geng die kne denda atau halau yg lain join sekali. adoyai...

masing-masing dh tua bangka. jangan la terlalu ikutkan hati. PK la bebanyak. orang yang mengundi awak 2 tgok kt tv sedih je. awak orang xwat keje untuk rakyat. mase pancing undi, macam-macam janji ditabur.

lagi satu masalahnye, tokey-tokey parti pn sama. yang ni bising pasal nk tegakkan integriti parti, nk hapsukan politik wang, nk utamakan rakyat la.. banyak menda lain yang diorang nmpak tp menda macam ni diorang x nmpak. tegur la dulu orang-orang bawah tu. keje dlu. pastu baru pkkan mende lain. nk mogok pn, settlekan dlu masalah rakyat. jangan ikut kepala angin je.
kalo macam ni la wakil rakyat, sape lagi nk tolong bawak masalah rakyat yg banyak ni.

ble cakap pasal menda mcm ni, emosi akan main peranan even skit. jadi baik stop dlu.
ini cuma luahan seorang rakyat yang xpenah mengundi. semoga wakil-wakil rakyat ni paham dalam-dalam maksud "WAKIL RAKYAT".

sekian.

Thursday, November 19, 2009

SIRI JELAJAH UTHM - Burger Askar -

"susun atur yang kemas"



"don..ko nak makan x? kedai parit xramai tu"ajak zulazri usai solat beliau....panjang wirid yang dibacanya tadi..., kelihatan don endah tidak endah akan ajakan tersebut...aku lihat zulazri sedang bersiap2...mungkin akan ke kedai parit untuk seketika lagi......

aku juga terasa malas untuk turun makan, selain dari sedang mengamalkan diet yang sihat, aku juga punya visi kenapa kedai parit sudah agak lama tidak aku kunjungi...dan aku pasti don juga punya visi seperti aku....begitu juga dengan penghuni blok E2....mereka juga punya visi seperti aku dan don...itu prinsip kami.....

dengan malas don mencapai buku kawalan yang agak lama dibiarkan atas meja gaban...sejak hari jumaat lepas lagi buku tersebut dibiarkan sepi tanpa usikan dan belaian...zulazri telah menghilang bersama robert...suasana hening...damai.....dan sedikit sunyi.....

sedetik berlalu....don makin lesu aku lihat....begitu juga aku, aku kena tabah kerana semangat untuk berdiet lebih dari segala gala nya....diluar sedar aku, kedengaran sedikit kecoh di luar bilik....sebenar nya amat kecoh.....don kegirangan....sangat girang....aku juga....aku mencapai dompet...don telah di pintu...menanti sesuatu....."don aku nk gak"aku memberi arahan kepada don, risau terlepas.....

aku lihat don beli 2burger askar.....aku sedikit tercabar....tapi aku beli satu je...xnak kalah dengan don aku tambah lagi hot dog satu....akhirnya kami makan dengan riang...amat riang sebenarnya....sambil makan...aku tefikir.....kenapa bdk2 suka sangat dengan burger askar nih...dah la roti keras, sayur xder, sos pulak sket je...giler kering burger tu....


Tuesday, November 10, 2009

Pegangan

AGAMA

Agama itu adalah cahaya....

Agama itu adalah penyuluh yang terang...

Agama itu memberikan kebaikan di dunia...

Agama juga penyelamat remaja di akhirat.


Tanpa agama dan ilmu hidup ini kosong...

Tanpa agama kita menjadi orang buta dalam celik...

Tanpa agama hidup menjadi semakin layu...

Tanpa agama kita hanya menjadi abdi nafsu.


Agama adalah tiang hidup...

Agama adalah peneguh hati...

Agama adalah penyelamat warisan...

Bagai taman tidak berbunga...

Bagai malam tidak berbintang.

Apollo roka

bukan yang sebenar


Aku...aku...insan hina...aku...aku...insan yang hanya mampu bermimpi...aku memang kuat berangan...kadang2 bayangan aku tu memang Nampak real la...Cuma xda screen je nak display...bukan nak kata angan2 kosong, tp angan2 yang ada isi la...tiap apa yang aku lihat, sume jadi bahan pikir aku...pikir pun tah pape...dari benda simple, sampai la yang paling rumit. Aku memang dah dianugerahkan sebagai sorang yang banyak pikir, so aku pikir la...hmmm

Nak dijadikan citer, suatu hari tu...aku da jumpa sorang awek, free hair la...aku usha pelik je...aku rasa macam penah Nampak la awek tu, tp kat mana yer...aku try recall balik, panggil balik sel2 otak aku yang masih ade...dah penat perah, baru la aku ingat siapa gerangan gadis free hair tu...budak satu sekolah teknik dulu..aku dak jentera, dia dak awam...masa form 4, kami xkenal lagi, dah form 5 baru kenal...tapi kami xpenah sembang...kenal muka je la...

Masa zaman sekolah, aku diantara pelajar yang pemalu la, ngan pompuan la...tapi bila balik hostel, belang kejantanan tu muncul...walaupun budak surau, tp da gak la gangster sket...aku memang minat kat awek tu..tapi aku xreti jiwang2 ni...

Satu ari tu, aku memang dah niat nak bagi dia coklat...secret admire kan...aku beli kan la coklat, n malamnya aku letak la kat meja dia,siap ngan note lagi..kata nak kenal...harap2 esok pagi dia jumpe la coklat tu...esoknya memang dia jumpe pun coklat ngan note tu...tapi malangnya...dia xterima coklat tu...dengan alas an dia xleh terima coklat Apollo...dia pulangkan semula...

Semenjak dari tu...aku menjadi bahan gelak geng2 minah tu...dok kutuk aku Apollo...aku xleh wat pape la...xreti bab2 jiwang kan...so tadah je la...bila lalu depan kelas dia je..mesti kene bantai gelak...nak elak xleh, pasal tu je jalan nak g kelas aku...hmmm redha je la...diamkan je...bila diorang dah penat, berenti la tu...

Malamnya...aku duduk la kat bucu koridor depan bilik prep aku je...tengok bulan...sedar diri yang aku ni xreti jiwang2...so masa tu aku dok jiwang ngan Tuhan jela...menikamati keindahan malam...walau brape berat aku tanggung beban malu atas kesalahan aku sendiri, tapi aku tetap redha dengan apa yang jadi...dan sejak itu juga, aku menjadi kuat dengan apa jua halangan skali pun...Allah S.W.T menjadikan sesuatu bersebab kan...so aku amek yang positif je la...di sini aku nak mengingatkan korang dan diri aku sendiri bahawa pujian tu adalah racun...so berhati-hati dengan pujian...biarkan orang kutuk kita cane pun,yang penting,kita pikir positif,insyaAllah ok...akan tetapi kita perlu pertahankan maruah kita...jangan jadi macam aku, ego sangat, xnak mintak diajar...haaa...padan muka aku...tapi tu la kenangan aku yang xleh lupa la...bila ingat balik...tersenyum sorang2 la aku...cam orang giler lak...hinanya manusia bukanlah terletak pada pandangan manusia semata-mata...barangkali hina manusia terletak pada pandangan Allah S.W.T, sejauh mana manusia itu mentaati suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya...amar ma’ruf nahi mungkar...

p/s: aku ucapkan thanks bebanyak kat minah tu...dengan adanya dia...aku dah menjadi kuat sekarang...thanks a lot U*** H******....

Fadhilat Berwudhuk


Rasulullah SAW bersabda:

“ Barangsiapa berwudhuk dengan baik hati dan solat dua rakaat tanpa memikirkan dunia ketika itu, maka dia akan keluar dari dosanya seperti di hari dia dilahirkan ibunya.”

Rasulullah SAW bersabda lagi:

“Tidakkah ingin ku ceritakan padamu amal yang menyebabkan Allah menghapuskan dan mengangkat darjat? Ialah menyempurnakan wudhuk di saat tidak disukai(dingin), melangkahkan kaki ke masjid dan menantikan solat setelah solat.....”

Dan Rasulullah SAW berwudhuk sekali-sekali lalu bersabda:

“ Ini wudhuk yang tidak bakal menerima solat melainkan dengannya.”

Lalu Rasulullah SAW wudhuk dua kali-dua kali dan bersabda:

“ Allah SWT akan memberinya pahala dua kali.”

Kemudian Rasulullah wudhuk tiga kali-tiga kali sambil bersabda:

“ Inilah wudhuk dan wudhuk para nabi sebelumku serta wudhuk Khalil Ar-Rahman, Ibrahim as.”

Rasulullah bersabda:

“ Siapa ingat Allah saat ia berwudhuk, Allah akan menyucikan seluruh jasadnya. Dan siapa yang tidak mengingati Allah, Allah pun tidak mensucikannya kecuali apa yang tersiram oleh air sahaja.”

Rasulullah SAW bersabda:

“ Siapa wudhuk masih suci, Allah akan menulis untuknya sepuluh kebaikan.”

Dan sabda baginda:

“ Wudhuk di atas wudhuk adalah nur di atas nur.”

Dan ini semua adalah perintah agar memperbaharui wudhuk. Rasulullah SAW bersabda:

“ Manakala orang muslim berwudhuk, lalu ia berkumur, keluarlah dosa dari mulutnya, jika ia menghisap air dengan hidunnya, maka keluarlah dosa dari hidungnya, jika ia membasuh muka, keluarlah dosa dari mukanya dan keluar dari pelupuk matanya, manakala ia membasuh kedua tangannya hingga dari bawah kuku-kukunya, manakala ia mengusap kepalanya dan manakala ia membasuh kedua kakinya serta dibawah kuku kakinya. Kemudian ia mendapat pahala berjalan ke masjid dan solat sunat.”

Dirawikan bahawa orang yang suci itu seperti orang yang berpuasa. Rasululallah SAW bersabda:

“ Barangsiapa berwhudhuk dengan baik kemudian menghadapkan pandangannya ke langit sambil berdoa (yang ertinya): “Aku bersaksi sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah. Tidak ada menyerupai bagi-Nya. Dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad itu hamba dan utusan-Nya.”

Maka lapan pintu syurga dibukakan untuknya dan dia masuk dari mana-mana pun yang dia mahu.” Umar ra berkata, “Sesungguhnya wudhuk yang baik dapat mengusir syaitan darimu.” Mujahid berkata, “Barangsiapa mampu tidak tidur malam dan dipenuhi malam dengan bersuci, berzikir dan memohon ampun. Sesungguhnya roh itu dibangkitkan dalam keadaan bagaimana ia dicabut.”

Tuesday, November 3, 2009

SIRI JELAJAH UTHM2

"buku kulit putih itu hanya lakonan"

kenangan di melewar selama seminggu akan tetap meninggalkan memori indah dalam hidup aku....disana aku mula mengenal erti persahabatan yang utuh...kron tidak dapat lari dari mimpi2 aku saban malam....jauh kami terpisah....lalu hujung minggu itu, aku mengutuskan surat kepada pihak pengurusan perwira memohon pertukaran kolej...

kisah kron aku tinggalkan disini....suatu nama penting telah tersemat dalam hati aku....komeng!, suatu nama yang cukup gah masa MHS aku kira....sangat ingin berkenalan dengan tuan punya nama tersebut...aku masih mencari siapa komeng....fikir aku komeng seorg gengster....

tiba2, sedang enak aku melepakkan diri di kafe melewar, aku mencuri dengar perbualan sekumpulan budak2 yang aneh percakapan mereka..."ko rileks jak"...tidak perlu aku mengerahkan otak untuk berfikir panjang...sah mereka dari sabah serawak...aku sangsi....lalu aku bangun mendekati mereka....

"bro, lawa seluar"....hanya seluar komeng yang menarik perhatian aku...rambut dia....boleh tahan gak r tp seluar dia lagi aku xleh blah....zamir, andrew goh n melvin kaku terkesima....aku blah lepas aku sound komeng...hati aku puas...berbangga pn ada....lalu aku makan roti cicah sirap...sorang2....perasaan berbangga masih bersisa

Monday, November 2, 2009

keindahan


salam ukhwah..salam perpaduan...

...suatu malam tu..jiwa aku sungguh berkecamuk...aku hilang panduan...aku mencari ketenangan dengan melemparkan pandangan ke arah kehijauan ciptaan Tuhan...aku menuju ke kolam memancing parit nipah...bukan niat untuk memancing, akan tetapi aku hanya mencari satu ketenangan..dengan sinaran bulan mengambang...sambil melihat gelagat para pemancing, aku mengadap langit sambil mengucap kalimah memuji Allah S.W.T... terlintas di fikiran ku bahawa ciptaan Tuhan sungguh indah...dengan berbantukan lampu kalimantang...benih ketenangan menyelubungi diriku...jiwa ku terhumban ke pelosok hati, di saat ku mencari, ia datang...bagaimana???basahkan lah lidah mu dengan puji-pujian pada Yang Esa...titik ketenangan terletak pada kunci utama iaitu Allah S.W.T...sekian...

Saturday, October 31, 2009

KENIKMATAN


datang dan pergi adalah lumrah sebagai insan...setiap kehadiran akan ada kehilangan... kehilangan bukan bermakna kesedihan...akan tetapi ianya adalah kekuatan yang dipupuk dalam diri tanpa disedari...kehadiran juga bukan bermakna kegembiraan, malahan ianya adalah suatu nikmat yang Allah berikan atas dasar kasih sayang pada hamba-Nya...kadang-kadang kita lupa bahawa Allah mengurniakan kenikmatan agar kita sentiasa mengingati-Nya...adakah kita sedar akan nikmat yang Allah berikan dalam negara kita sendiri???persoalan ini perlu ada dalam diri rakyat Malaysia...adakah kita sentiasa mensyukuri atas nikmat-Nya???sesungguhnya kemerdekaan adalah anugerah yang terlalu besar bagi seseorang yang bergelar rakyat... kedatangan kemerdekaan bukanlah hadir dengan sendirinya, malahan terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh generasi pada masa itu.. kita sebagai rakyat yang digelar generasi selepas kemerdekaan tidak pernah merasai pengorbanan mereka yang terdahulu... perjuangan bangsa perlu diteruskan agar negara Malaysia tidak hilang dari pandangan... kewujudan Malaysia bukanlah suatu mainan, terlalu banyak perbezaan jarak masa ketika kita dijajah dengan masa kita memerintah...sedarlah wahai bangsa ku...biarlah kehilangan negara berlaku pada pengakhiran kehidupan iaitu kiamat...

Thursday, October 29, 2009

Biru = Ketenangan


RXZ...jenama motor yang sudah sebati dengan jiwa mat rempit...begitu juga aku...JFH 6194 rxz boss...ia menjadi suatu kenangan yang begitu indah, aku memang tak dapat lupa la...yang aku nak citer ni pasal da 1 malam, aku ngan kerol (member 1 kampung) nak balik mersing...masa tu kitorang memang nak kejar masa...coz malam tu jugak aku nak balik ke parit raja semula...balik kampung juz nak anta motor kat rumah je...selain mencium tangan mak ayah la...pasal keesokan hari, aku dah nak gerak ke penang, latihan mengajar kat sana...petang tu aku dh setting motor...dah check sume..tengok2, lampu belakang JFH tak hidup daaaa...siap beli mentol g..abis godeh..tak idop gak, aku target tapak lampu yang problem, tp malas la nk beli baru, lagipun aku dah tahap kering giler,dah la nak pegi jauh...niat dalam ati inti fada'... redha je la...dah memang niat dalam ati nak jumpe mak ayah...

tibanya malam, dalam pukul 9, kerol sampai, dia dari adtec batu pahat...lepak2... kol 10 gak gerak dari parit raja...pas salam2 ngan dak2 umah...kami berdua pn gerak la..kami memang dah niat nak balik lalu highway...sape yang nak lalu jalan utan...bek nek highway...jauh pun xpe la..janji sedap berembat...dari parit raja ke entry air itam, kami bawak rilex je...bile dah masuk highway, mula la...jiwa rempit tu dah membara, si kerol lak makin laju, aku pe lagi, tak kan nak makan asap lak kan???pulas abis throttle minyak tu...bukan men lagi, bedal lane kanan je...tak pikir pe dah, janji seronok...dalam keseronokan berembat tu..aku baru teringat yang lampu belakang motor ni tak idop..so aku on la signal kanan. pasal men lane kanan kan...agak kerek la...

kesedapan berembat tu memang terasa la, cilok kiri,cilok kanan...syok ouuuu...punya la syok sampai kan tersedar lampu biru yang berkelip da kat sebelah...sudah...dalam ati aku cakap, masak la, jangan kene saman dah la...yang si kerol terhegeh2 dok pasang side mirror...orang dalam kete putih pun melambai2 suh berenti tepi...nak lari, xleh lak, pasal exit kulai lg 1km...xsempat..so keputusan yang lebih baik adalah berhenti...perkataan pertama yang kuar dari mulut polis tu adalah merempit...merempit...agak bangga la bile polis tu cakap camtu..dah memang jiwa rempit..nak wat camne kn?? polis tu dok bebel macam2 la, dah la lampu belakang motor aku xidop, aku bagi alasan yang benar2 belaka...ayat2 bebelan yang aku xleh lupa kn, siap keluar peribahasa lagi...harimau mati tinggalkan belang, mat rempit mati tinggalkan????aku jawab x tinggal ape...polis tu pun berkata..tau pun..aku hanya mampu tersengih je la...

malam tu aku sangat bernasib baik kerana aku ngan kerol tidak disaman...coz macam2 alasan yang aku berikan, dan alasan tu bukan lah rekaan semata2, malahan benar2 belaka...selepas itu, dalam perjalanan yang seterusnya, sambil menunggang JFH kesayangan, aku mula berfikir...sesungguh nya, bile kita berada di jalan yang benar, kita sentiasa dilindungi Allah...coz sebelum aku bergerak dari parit raja, aku dah niat dalam ati, aku berserah pada-Mu Ya Allah...selamatkan lah hamba-Mu dari sebarang masalah...aku sedar, bahawa yang kita ini sangat memerlukan bantuan dari Yang Esa...oleh itu, diharap kepada semua yang membaca hasil nukilan aku ni, janganlah sesekali kita lupa akan-Nya...kerana Dia lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.....

Wednesday, October 28, 2009

TITIK KEJAYAAN


KEHIDUPAN....ungkapan kehidupan amat serasi dalam perjalanan hidup kita, akan tetapi adakah kita pernah menyelongkar disebalik makna kehidupan...kamus dewan edisi ketiga mentafsirkan kehidupan adalah perihal hidup. ini bermakna, segala apa yang terjadi sepanjang perjalanan hidup kita tertakrif dalam kehidupan. samada ianya baik ataupun buruk, ia tetap kehidupan. kehidupan adalah suatu yang abstrak, ia tidak boleh disimpulkan dari segala yang terjadi dalam kehidupan. ini kerana, setiap manusia akan merasai pelbagai keadaan dan setiap manusia itu juga mempunyai daya pemikiran yang berbeza. maka kehidupan individu itu bergantung pada perjalanan hidupnya. bagaimana mereka memilih jalan untuk diri mereka.

pemilihan matlamat hidup perlu jelas. ianya akan menjadikan sesuatu yang diingini menjadi realiti. jangan sekadar ada matlamat, tetapi tidak diusahakan. bagaikan epal masak ranum ada di depan mata, tetapi tiada usaha untuk memetiknya, sedangkan kita mengidamkan epal itu. matlamat juga perlu digilap untuk memperkuatkan kualiti usaha kita. ia juga boleh dikategorikan sebagai satu sumber motivasi diri. selagi kita boleh berusaha sendirian, selagi itulah kita akan mampu untuk mencapainya. akan tetapi, kita perlu ingat bahawa kekuatan kita mempunyai tahap tertentu. oleh itu, kita jangan lah terlalu egois dengan kebolehan kita sendiri kerana itu lah yang akan menjatuhkan kita.

sekolah rendah-EP2 (ROBOCOP)

lobby5  cite yg buat ramai kanak2 dalam dunia nk jadi polis zaman dulu2

mase skolah darjah 1, aku mmg suke main. g skolah untuk main. 2 la tagline darjah 1. ble dh niat dalam ati dh macam 2, mmg dari pegi sampai balik la main. pantang ada time free or cikgu x masok, mesti ada je pmainan baru.

ni nk cite pasal mainan robocop. mase aku darjah 1, robocop ngah hot. kalo ada budak yg x kenal robocop, mmg xda kawan budak 2,,, mesti kne ejek sampai nangis.

knape panggil mainan robocop?? aku pn xtau. mmbr aku ni name epul, die yg cakap mainan 2 name robocop. aku ngan mmbr2 lain ikut je.

syarat pmainan: yg kne jadi robocop wajib angkat tangan paras lengan, (ala mcm angkat tangan mase phimpunana, mase pengawas suruh berbaris) n keraskan tangan 2 dalam keadaan mcm 2 sampai abis main. xleh turu tangan 2. syarat tambahan, kne sarung tangan ngan plastik pembalut roti 50sen. dh xda kot roti mcm 2 skung.

cara main: simple. kne pnumbuk, out.

mainan di mulakan dalam kelas. ble nmpak roocop, ktorang lari. tp ada plak ari malang untuk aku. satu ari 2 time main robocop. aku n epul jadi robocop. ktorang main dua je kot (aku lupa skit). satu part 2 ktorang kejar 1 sama lain. epul ni tinggi skit dari aku. skit je pn.. ble ktorang btembung dalam keadaan robocop, pnumbuk die dlu makan idung aku. ADUS!!!

bedarah satu baju skolah. byangkan baju skolah kaler putih tikar kaler merah, agak parah time 2. darah x berenti agak lame. dalam sakit2, aku still kool. x nk makwe idaman time darjah 1, atikah, pandang rendah aku. d2 la kes bedarah paling teruk zaman skolah aku. bedarah idung pas kejadian 2 adalah pekara biasa. panas skit mesti leaking. sampai darjah 6 menda ni jadi. penangan robocop mmg “how liow”.(tiru iklan mee Harmee).

p/s: knape la xda orang nk wat remake robocop?? asik2 wt remake cite cinte je.. bosan  gak.

sekian.

Tuesday, October 27, 2009

Erti Sahabat Sejati

dulu..aku ada seorang kawan..kawan aku ni baik giler ngan kawan dia yg sorang lagi..aku bkn nak cite psl aku ni..tapi cite antara kawan aku ngan kawan dia..

untuk merahsiakan identiti mereka,biarlah aku namakan mereka sebagai 'S' utk sudin dan 'B' untuk bakri..diorang ni x penah berenggang melainkan pada waktu tido.

melihat keakraban mereka,aku jd terharu dan fikiran aku senantiasa membayangkan seolah-olah mereka adalah 2 orang askar yg berjuang bersama-sama di medan perang, bertindak dgn berhati-hati seperti seekor kucing yg bersedia utk mengambil sisa2 makanan dari atas meja kt kedai mamak yg mejanya dorg atur smpi kt tepi longkang, malangnya terkena pula periuk api tanpa disedari..kaki B ngan S putus..tp,dorang jatuh dekat2..B cedera parah..S cedera ckit je sbb putus sblh kaki je..time ni, S la yg tolong jaga B drpd serangan musuh smpai la B akhirnya menghembuskan nafas yg terakhir di pangkuan sahabatnya itu..oleh kerana dendam yg membara, S pun mula mengamuk dan menghapuskan semua musuh yg ada.."darah dibalas dgn darah..." kata S sebelum menembak mati ketua penjahat itu..selepas semua musuh diselesaikan, S merangkul mayat sahabatnya dan meraung ke langit..hujan turun mencurah-curah seolah-olah menangisi pemergian sahabatnya..kilat sabung menyabung seolah-olah memarahi ketidakadilan dunia..perlahan-lahan, S angkat mayat sahabatnya dan membawanya ke tepi gaung..setelah membulatkan tekad, dia mencampak mayat sahabatnya ke bawah..akhirnya, beliau juga nekad utk terjun ke bawah kerana bagi dirinya, sudah tiada nilai utk hidup tanpa sahabatnya..

uuh..terharunya aku klu bnda ni betul2 terjadi..

aku bangkit dari lamunan..

aku sebenarnya dk dlm kelas time aku mengelamun ni..hehe.. tp,nape S x pikir psl mak ngan bapak dia time terjun td???x detail la aku punye story ni..huhu apa2 je lah..aku nk sambung cite dlm kelas ni.

time tu lecturer x datang lg. sume pelajar dok bz wat bising dlm kelas. aku xde mood nk wt bising time ni dan terus leka memerhatikan gelagat B dan S walaupun mereka duduk selang 1 meja je ngan aku. tiba2, aku dengar satu bunyi..aku tau bunyi ni..konfem kentut!!

aku tengok B dan aku yakin kentut itu dihasilkan oleh dia kerana bunyi yg agak dekat dgn aku. dia wt muka xtau. tp, sume org dh tengok dia dan menambahkan lagi kekukuhan firasat aku bahawa kentut itu berasal dari dia. sume pelajar gelak sakan dan B hanya tertunduk. tp, di saat2 genting itu, S bangun menepuk meja dan bersuara lantang,"apsal korang gelak hah? x penah kentut ke? bukan dia yg kentut td, aku la!!". muka S kelihatan marah ketika itu. kebanyakan pelajar diam melihat keseriusan S.

aku tau S berbohong dan aku 100% yakin bahawa firasat aku adalah benar!! tp,pikir2 balik, baru aku ingat mereka ni sahabat sejati..cool giler..member kentut pn sanggup mengaku!! skali lg aku terharu..huuu....(bunyi erangan manja seperti pompuan nk nangis)

5 minit selepas kejadian, kami dimaklumkan bahawa kelas dibatalkan. hampeh, x msg awl2..aku penat2 datang..

walaupun hampa kerana x dapat blaja, aku balik dgn gembira..

aku blaja benda yg lebih bermakna pada hari itu dan ianya xkan ada dlm mana2 silibus pembelajaran di malaysia..

ni adalah kisah benar time aku blaja kat poli dlu..B da S btul2 wujud..tp, aku xtau camne perkembangan diorang skrg ni. bukan aku penah tegur diorang pun..skema giler babi..x rock r aku nanti klu mmbr aku tengok aku berkawan ngan mereka..huhu

Monday, October 26, 2009

Malam Bulan Purnama


malam semakin hangat...aku duduk berseorangan sambil memikirkan masa depan...diselimuti cahaya rembulan, aku memandang ke langit, kelihatan bintang yang boleh dikira banyaknya...akan tetapi, sel2 di dalam otak masih pantas bergerak mencari jalan penyelesaian...sambil menghisap rokok dunhill, mata ku terkebil2, dahi berkerut, sehingga hilang seri muka....malam semakin beransur pergi, cahaya rembulan seakan hilang puncanya...persoalan demi persoalan diusulkan, jawapan masih belum ku temukan...aku sudah tidak mampu memikirkannya..dan aku mengambil langkah drastik dengan membiarkannya seketika...aku mengerti bahawa aku hanya insan biasa, tidak mampu untuk hidup berseorangan...sesuatu yang hadir itu bukan lah sekadar pengalaman, malahan terlalu banyak memberi impak pada aku yang serba lemah...aku bukan lah seorang perwira...aku tidak mampu berjuang bersendirian...dan aku terus mencari sahabat2ku yang ada...minta mereka mengajar aku subjek finite element..bab 1 hingga 3....aku tidak lagi memandang pada silap yang telah aku buat...akan tetapi, perjalanan harus diteruskan, aku gilap semula matlamat yang telah ku benam kan dalam jiwa..agar ianya terang dan menyinar...


SIRI JELAJAH UTHM

"gagasan motor kron dan zulazri"

"aku bee, ko?"...ringkas, tapi itu lah permulaan perkenalan kami....tangan bersambut setelah tangan bertukar tangan antara tangan aku dengan tangan kawan "bee" yang baru aku knal itu...kiut muka nya...tubuh badan beliau juga sihat....sangat sihat...

"yang tu sapa"....aku bersoal jawab dengan bee....owh, tu donut..panggil je don..kami satu poli dulu, dia rumah sebelah...penerangan ringkas dari bee telah menyedarkan aku bahawa budak itu bukan lah abang bee....sebagai seorg yang telah terdidik dengan didikan kemahiran hidup yang tinggi, aku membantu bee mengangkat pc hitam beliau....elok2, nanti speaker rosak, bagitaw bee...

aku akur,dalam hati aku....senang r aku nk pow print kulit depan xsignment nih....tiba2 don datang lagi...satu perasaan sangat bahagia tatkala melihat wajah dan tubuh badan nya....aku berkenalan dengan lebih jauh bersama don...abang ni umur brapa?soal aku tanpa sebarang ekspresi wajah....penumbok ko abang, umur aku bawah ko la....sound don dengan kuat....kelihatan kron sedang menonton spongebob tanpa sebarang perasaan....lalu aku menyertai kron untuk cover malu...

Sunday, October 25, 2009

Amad +1

amad jalan-jalan. die berhenti kepenatan.

“knape la aku x bawak air time kuar td”, bisik amad.

sebenarnye, amad dh sesat. die ngengade kuar umah n g main kt sebelah umah die. sebelah umah die ada satu bukit dipenuhi pokok getah. sblm2 ni amad slalu g naik bukit ni, tp ni la 1st time die naik sorang2. n kali ni, die x bawak air. bekalan utama time die g main kt tempat2 mcm ni.

amad still berfikiran positif. dalam2 haus ni, die g cari satu tali yg die ada pasang dulu time memula panjat bukit ni. tali 2 akan bawak balik die ke umah nnti. dalam cari tali, amad kutip biji getah.


peluru senapang kayu amad

“ni tuk perang senapang sok petang, amik banyak mesti aku menang”, amad berkata dalam ati.

amad merujuk pada pmainan tembak2 pakai senapang kayu. senapang 2 amad buat sndri. kecik skit je dari saiz asal.

test

alatan perang amad.

hari dh makin gelap, amad serabut, die berlari2 cari tali, x jumpe gak, amad panik. tengah panik, kepala amad di baling sesuatu.. amad bingung, die toleh kiri, toleh kanan. xda orang. amad wt xtau, die cari lagi tali td. tekak ni dh mcm padang pasir.

“aduh!!”, amad menjerit sakit.

amad terasa sakit lagi kt kepala. amad raba2 tanah n jumpe biji getah. hari dh makin gelap. pikiran amad makin kusut. jalan keluar, dibaling biji getah, haus, balik kang kne marah lagi….

amad kene cepat. tetibe….

“tolong… tolong…tolong………………..”, jerit amad..

bersambung… (teka la ape jd pas 2)

Langkah


di suatu ketika dulu...aku bukan lah seorang yang periang, tapi bile dh bercampur ngan anak jati kampung, macam2 benda yang aku langgar...aku ni budak kampung, korang pun boleh agak kan cane ngan situasi kat kampung..ada sungai,kebun dan macam2 lagi la....yang peliknya,aku sorang je budak yang paling muda...masa tu sume member2 agak berumor...aku pn xtau cane leh join venture ngan diorang...aku cuba menceburi bidang terjunan...kotai(nama sungai) yang menjadi saksi akan kehebatan budak kampung...dalam saat aku mempelajari bidang yang baru itu...aku membuat penerjunan yang tak kurang hebatnya dibanding ngan otai sungai...dalam keseronokan mempelajarinya...tiba-tiba aku mendengar suara yang agak nyaring, memanggil-manggil nama ku...aku cam penah dengar suara itu...aku pun naik la...sekali mak aku da...panggil balik...aku punya la terkejut melihat situasi itu...aku pun mula bergegas mencapai basikal chopper...dan mengayuh pulang dengan laju nya...tanpa menoleh belakang lagi...aku tinggalkan segala keseronokan...

setelah sampai kat umah..aku tengok muka mak aku, bukan main bengis lagi...dedor giler...macam2 benda mak aku bebelkan...masa tu, mak aku xla berapa sehat, mak capai rotan, dan melepaskan libasan yang bertalu-talu...aku diamkan je...cian mak...aku tau...aku dh banyak wat salah kat mak...selalu je susahkan mak...walau berapa banyak sekali pun sebatan..aku terima...kerana aku bersalah...aku redha...setelah reda...mak aku pun pegi dapur...aku terkulai layu kat tangga...aku berasa sebak mengenangkan kesalahan yang telah aku lakukan...jiwa mak terlalu kental...macam2 yang mak kene hadapi...tapi aku masih belum sedar....

selepas kejadian tu...aku ase diri aku semakin baik...aku rasa la...kalau orang lain tengok, tak kot...dengan apa yang aku buat..selalu je xdipandang...kadang2 aku sedih giler..bila adik beradik lain buat keje, mak asik nampak je kebaikan diorang, bile aku buat, semuanya xnampak...tapi tak pe la...aku malas nak pertikaikan...aku pendam je...

malam tu, aku pegi masjid, menunaikan solat isya' berjemaah...dalam perjalanan balik, berlaku la perkara yang tak disangka, aku dilanggar motor...aku tergolek dog...aku menyangkakan tidak ada luka pasal aku tak rasa sakit pun..bila dah sampai umah...aku rasa kaki aku ni melekit je...tengok2 luka besar gila kat petengahan jari manis ngan jari tengah kaki aku...pergh...terkezut aku...yang peliknya, aku tak rasa pe2pun...balik2 je ngadu la kat mak..mak punya la risau..cam dah nak terbelah je jari aku...dengan penuh kasih sayang, mak aku pun mula membersihkan kaki aku... walaupun tiada sebarang kata2 yang keluar dari mulut mak aku...aku dapat merasakan bahawa kasih sayang seorang ibu tidak terhingga...menusuk kalbu...dan sejak dari itu, aku mula mengubah sikap aku menjadi seorang yang mencari keikhlasan dalam membuat kerja....sesungguhnya, syurga berada di bawah tapak kaki ibu...Allah mendatangkan sesuatu pada hamba-Nya dengan hikmah...sekian...

11 jenis manusia didoa malaikat



PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.


Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.


Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

  • 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

  • 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

    Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

  • 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

  • 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

  • 5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

    Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

  • 6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

  • 7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

    Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

    "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

    Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

  • 8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

  • 9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

  • 10. Orang yang sedang makan sahur.

    Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

  • 11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

    Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
  • Friday, October 23, 2009

    WAJAH WAJAH MDS


    kali ini aku tiada idea untuk mengulas panjang...apatah lagi untuk mengarang madah puisi pujangga...senangkata, korg layan la gambar2 nh.......






    Wednesday, October 21, 2009

    KAMI

    mereka adalah diantara kami yang menghasilkan kampus car....harapan mereka dan kami agar segala usaha dipermudahkan dan diredhai Nya....kepada kalian...sila datang beramai ramai untuk menguji tahap keupayaan kampus car kami...dan sila beri pujian bukan nya kejian.....itu saja

    program: MDS
    tempat: depan DKA (G3)
    masa:sebelum terbenam matahari, hari khamis...

    hadiah berupa percutian 3hari 2malam ke zimbabwe akan diberi kepada pengunjung bertuah....sila dapatkan pasport terlebih dahulu, sekiranya anda datang tanpa pasport...kelayakkan anda dikira terbatal sama sekali.....

    KELIBAT

















    dulu, masa zaman darjah 5, aku memang degil, suke kutuk org 'directly'...depan2...suatu hari tu..masa tu aku kt sekolah agama...sekolah agama ni belah petang,sebelah pagi sekolah kebangsaan..ntah kenapa time tu, aku cam weng je...terlompat sana,terlompat sini,memekak tanpa batas...pastu da plak member aku ni dok bukak point,kutuk minah sorang tu...gelanggang kutukan bukan main hebat lagi...naik riuh satu sekolah pasal ustaz ngan ustazah da meeting...kitorang enjoy giler la...sebab sekolah pagi tu macam benak je kepala asyik belajar...bila petang, mood memuncak...pe lagi...hhooorayyy la...aku rasa diri aku hebat giler....

    tiba-tiba aku mengeluarkan KELIBAT perkataan yang agak hina pada minah sorang tu...perkataan tu xperlu la aku cerita...nanti jadi lain plak..hmmm pastu aku tengok la muka minah tu...mula-mula ok je..lepas bape saat je...dia menangis daa....pastu da plak budak pompuan lain report kt ustaz Ali merangkap guru disiplin sekolah....ustaz ali bergegas menuju ke kelas kitorang, bila masuk je ustaz ali dalam kelas, semua budak berubah wajah,transform jadi pelajar skema lak...aku ingat benda biasa je..pasal bising je...sekali aku silap la....ustaz ali dok membebel pasal minah sorang tu...sape yang wat minah tu nangis....sudah...masa tu aku terkelu lidah...dalam takot, aku cuba beranikan diri...mengaku ngan bangganya....ustaz tu bengang pasal tengok muka aku yang kerek ni...dia suruh aku keluar ke depan...aku pun selambe je la keluar...

    "mengapa kamu mengeluarkan KELIBAT perkataan yang kesat tu???",dia tanya aku.

    "saya xtau ustaz, saya rasa perkataan tu xla terok sangat...".aku menjawab..mat kental kan..

    "kepala otak kamu, suka hati kamu je cakap perkataan tu kat kawan kamu"..dia balas..

    aku menganggukkan kepala je la..member-member aku yang kt belakang puas dok gelak kan..hati aku berkata...takpe...sekarang ni masa korang..jap lagi,masa aku lak...yang ustaz lak dok sibuk nak interview aku...dia ingat aku nak mintak keje ke...ntah pe2...

    "kamu tau pe makna perkataan tu???".marah ustaz kat aku...

    muka ustaz berubah macam raksasa lak...ahhh...sudah..

    "xtau ustaz", jawab aku dengan tenang...

    tiba-tiba aku merasai KELIBAT tapak tangan hinggap kat muka aku...bila orang mengamuk, aku malas la nak tambah-tambah lagi...so aku diamkan je...dia dok bebel pot pet pot pet...naik semak telinga aku mendengarnya....tundukkan muka je la...tapi dalam hati ni rasa cam nak bakar ke motor ustaz tu..tahap kesabaran aku masih kuat.....diam je la....suram perjalanan pembelajaran dalam kelas...masing2 jadi baik...aku tak habis2 dok maki semua orang....sampai habis waktu kelas....

    bila nak balik, aku capai la basikal chopper yang dah setting baik....aku kayuh pelan2...dalam perjalanan pulang, aku berfikir sejenak...adakah aku bertindak pada jalan yang betul???kenapa aku merasai hinggapan tapak tangan ustaz ali???terlalu banyak persoalan yang wujud dalam kepala otak aku ni......

    dan sekarang aku dah tahu apa jawapannya....SEKIRANYA KITA JAGA PERCAKAPAN KITA, KEBARANGKALIAN BERLAKUNYA SESUATU YANG TIDAK BAIK ADALAH KECIL...cam pepatah melayu berkata,"terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya".....oleh itu, bersama-sama lah kita memohon kemaafan. kita manusia yang alpa...selalu je wat salah...bermaafan bukan sahaja bila tiba hari raya..akan tetapi, ianya perlu berterusan...dosa dengan Tuhan mudah diampunkan, kerana Tuhan Maha Pengampun, tetapi dosa sesama manusia, bukan mudah terampun kerana sifat manusia yang terlalu mengikut perasaa....

    *aku minta maaf bebanyak...terutama sekali kat minah tu...dan kat korang semua....

    Tuesday, October 20, 2009

    Langit Tak Selalu Cerah



    warna pilihan.


    semalam akan meninggalkan kelmarin,hari ini juga akan meninggalkan semalam...apa yang ada pada hari ini, ia akan lenyap ditelan masa...setiap saat cukup bermakna,dan tiap-tiap saat itu akan hadir pelbagai masalah, dan tiap-tiap masalah perlu ada pilihan yang tepat, pilihan yang kita buat itu akan memberi kesan yang cukup mendalam. maka saat-saat yang kita lalui bergantung pada pilihan yang kita buat. manusia sememangnya dilahirkan dalam kerugian,akan tetapi,sebagai manusia kita perlu sedar yang kita hidup adalah sementara. dengan itu, pilihan yang tepat akan membuatkan hidup kita lebih bermakna....

    Jauh Perjalanan Luas Pemandangan
















    kita sememangnya sedar apa yang ada di hadapan kita adalah nyata, akan tetapi ianya adalah bukan hak milik kita sepenuhnya. pandangan yang menyerap masuk ke dalam kornea mata hanyalah suatu maklumat yang akan dihantar ke otak untuk ditafsirkan. adakah kita terfikir akan kuasa Tuhan yang amat tinggi nilainya???mari kita renung sejenak lukisan yang ada di atas ini...apa yang terlintas di fikiran anda???adakah ultraman sedang berlawan di balik bukit??hmmm hari ini dalam sejarah...salehin memegang watak raksasa berlawan dengan ultrawoman UTHM.....

    Sunday, October 18, 2009

    Antara Aina dan Aishah

    "ini bukan watak mereka"

    setibanya aku d tanah air tercinta, aku mula berkira kira...patutkah aku berterus terang....ataupun biarkan satu hati merana...dan satu jiwa lagi bergembira...ini sangat tidak adil, getus hati kecil aku...aku buntu dalam mencari jalan penyelesaian...

    perjalanan aku hampir ke penghujung nya....jalan penyelesaian masih lagi belum menampakkan tanda2 pengakhirnya....masih lagi dalam pencarian penyelesaian yang sempurna....agar dua hati tidak aku kecilkan...agar dua hati tidak merana...agar dua hati tidak aku kecewakan...

    dari jauh aku nampak kelibat 2org kanak sedang berlari menuju ke arah aku...aku kaget, terkesima juga...."ayahmark beli apa"...kedua dua nya bersoal soalan yang sama...hati aku tersentuh...aku usap rambut mereka....lalu aku keluarkan baki gula2 getah dalam perjalanan aku tadi...cukup ada dua bijik...alhamdulillah...aku bagi sorg satu...jangan telan taw....sempat aku titipkan pesanan kepada mereka....

    aku keluarkan rantai mutiara dan butang baju melayu yang aku beli dari sabah.....aku senyum...hati aku berbunga...dapat gak aku bagi benda ni kat mak ayah aku...ntuk anak2 buah aku...ayahmark mintak maaf sebab tidak dapat menunaikan permintaan kalian...


    nota ringkas...aina dan aishah adalah 2org dari 10 org(kot) dari koleksi anak2 buah aku....sibuk je dok suh aku beli mutiara masa aku g sabah tempoh hari...naseb baik ade gula2 getah....

    Saturday, October 17, 2009

    Menu “Open House”.

    kali ni nk cite pasal makanan plak. makanan standart umah terbuka taun ni.

    td baru je lepas g umah terbuka. 1st time umah terbuka makan nasi ayam. mmg best gler. tgh2 ari, pekena nasi ayam, dapat lak air kaler biru (sbnrnye xtau name air ni), makan sambil kutuk2 skit, ada lak awek2.. huh,, best2,,

    spanjang raye ni, secara ringkasnya, tiap2 umah wajib ada ktupat. lagi2 kt belah2 johor. sampai 20 syawal pn ada lagi rendang n ketupat daun palas. limited menda ni..

    mee kari kdai akak jual kropok mmg best. kuah mee kari 2 cukup sume menda, x pekat sangat tp still blemak n best. mee kari paling best la utk taun ni.

    IMG_2033 (Small)ni 1st time aku nmpak menu ni time raye. barang limited ni.

    menu yg agak luar biasa time umah terbuka x banyak taun ni, ubi rebus n lontong goreng (time pagi raye) je. ubi rebus time raye. susah nk jumpe. aku rase makanan ni dalam 10 taun lagi pupus kot. susah gle nk jumpe menda ni. ada pn kalo balik umah aku, ibu masakkan. kasi cicah n gula la fav aku. td g umah terbuka ada ubi rebus makan ngan sambal. 1st time tgok. nk rase tp sudah overload ini perut. pandang je la…

    lupe lak, ada skali time raye umah sedara, die wt nasi lemak, roti jala n satay time tghari. layan gak even agak lain menunya.

    ni la pemerhatian aku ttg makanan open house taun ni. sok ada lagi open house. peluang terakhir tuan2 umah wt aku impress ngan mkanan diorang.

    akhir kata, Selamat beraye untuk 2 hari lagi syawal ni. salam syawal.

    Friday, October 16, 2009

    sekolah rendah-EP 1

    private_1_93b9fbd7a50e12c88100b30f6f32c63cc9845249f4eac58640885cb3fff22cebl comel bukan??

    mcm biasa, rini bangun awal pagi..

    lepas mandi n pkai baju, ibu mesti sikatkan rambut, mmg kemas la. pastu , sarapan, makan roti bakar ke, n.grg ke, telur separuh masak+kicap (ni fav), mcm2 lagi la..

    kul 7 pagi dh g sekolah. x la jauh sangat, dalam 3km kot. sampai2, mesti g tgok jadual btugas. jadual ni mmg paling dibenci.. ada ke patut nk kne sapu papan itam 2 sehari, dh la ada banyak kelas dalam sehari.. sabor je la.

    perhimpunan, ada time, phimpunan ni wt tiap senin je, tp ada gak time sampai tiap2 ari ada perhimpunan. kdg2 bosan gak nk dengar ceramah cikgu ni. part paling best still menyanyi. mase ni, tiap2 lagu mesti nyanyi kuat n besemangat. ( cewah…).

    lencana20sek1 lambang skolah rendah ku

     

    lagu sekolah.

    SETIA JAYA

    SEKOLAH KEBANGSAAN TUANKU FATIMAH

    SEKOLAH YANG TERNAMA

    KAMI BERDOA DAN BERIKRAR

    PATUH MENJAGA NAMA BAIKNYA

    KAMI ANAK KANDUNGNYA

    BELAJAR DAN TERUS BELAJAR

    DENGAN SEGALA TENAGA

    TIDAK AKAN PUTUS ASA

    SEKOLAH KU TERUS BERBAKTI

    PADA IBU BAPA AKAN KU PATUHI

    PADA GURU AKAN KU TAATI

    SEMOGA KAMI TERUS BERBUDI

     

    kelas 1st, mmg segar, besemangat nk blaja. dimulakan dengan cikgu BM, part paling best dalam subjek ni, mesti la melukis pas tiap2 kali wt latihan. sbenarnya bukan lukisan, tapi corak2 kt bawah buku 2. time ni, otak ngah berbakat seni.

    lepas 2, rehat..

    part ni sume orang ttuggu2, baik budak, mak budak, bapak budak, sume same je. perut lapar la kan… mase ni, ada bawak bekal. kalo ibu yg masak, mesti sedap kn..

    masuk balik kelas kul10.30. mase ni dalam otak ada main je.. x da dah menda lain. mase rehat dh plan nk nk wt pe. main nyorok2, kejar2, main pangkah dalam buku mate, main robocop ( main ni pnah wt abis baju sjolah aku pnih darah), mcm2 la.. sume plan akan dilaksanakan kul 10.30 sampai kul 12 tgh ari.

    mase ni balik skolah kul 1.15 ptg. sblum balik nk kne settlekan papan itam, nk kne tgu sume budak yg btugas settlekan tugas, br leh balik. balik time ni best. balik jalan kaki ramai2. mmg x terase letih. lagi best kalo balik time ujan. main ujan. tp ble balik kne la ngan ibu,, hehehe..

    ni la kisah mase  skolah SKTF. waktu paling best dalam kehidupan ku stakat ni.

    TENDANGAN PADU SATRIA BAJA HITAM

    "lalu lutut itu menjadi alas tidur ku"

    terbit perasaan cemburu di hati tatkala melihat robert dan kron baring sambil silang kaki dan borak borak kosong diselang seli kan gelak ketawa....kadang2 datang paeh dan topek memeriahkan lagi suasana, ingin sahaja aku menyertai aturcara mereka ....tapi kemampuan aku untuk bertindak demikian sangat tipis, PSM membataskan tentatif harian aku...hati memberontak dan jiwa mula kacau...

    dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan selamat menyiapkan tesis PSM kepada sahabat2 yang amek PSM 1 sem ni....kata kron ngan robert sambil gelak besar, kelihatan topik sedang mengajar paeh cara - cara main game pancing ikan kt pc kron....hati aku panas...aku pendamkan lalu lutut itu menjadi alas tidur aku



    Saturday, October 10, 2009

    DERITA MERINDU

    "dan patung itu menjadi saksi akan hubungan mereka"

    awak serius tak dengan saya ni...awek yang aku minat tu mula bersoal jawab dengan aku...aku mula gelabah...peluh2 kecil mula mengalir didahi...aku sapu dengan towel kecik yang awek tu bagi aku time anniversary kitorg 2bulan lepas...masih aku ingat lagi, masa tu kitorg sangat bahagia...terlalu romantik..aku tersenyum sendirian....

    AWAK.....lamunan aku terhenti disitu tatkala awek depan aku tu mula menunjukkan reaksi negatif...aku berfikir, susun ayat untuk menjernihkan lagi keadaan. aku perhatikan awek depan aku tu....sweet...rambut nya yang toncang kiri kanan tu aku suka...ingin saja aku belai nya, tapi aku matikan niat aku itu bila aku fikir antara kitorg masih lagi bukan muhrim....

    apa salah saya....awek tu mula menunjukkan ciri2 ingin menangis...satu sifat wanita yang paling aku lemah...aku xpandai dalam skill memujuk, aku masih belajar bab2 memujuk...cekgu aku adalah abang aku yang dah masuk sekolah menengah tu...tapi abang aku sekolah jauh...susah untuk aku kontak dia saat2 ini....terbit rasa rindu pada abang aku yang sorang itu...

    awek yang aku minat tu mula menangis...aku simpati...aku hulurkan tuala kecik yang aku sapu peluh aku tadi...dia capai dengan lembut...sweet sangat...makin menebal untuk aku sambung balik perhubungan kami....tapi aku tak mampu...aku punya pilihan...itu pintanya..aku akur...

    hurm awak....aku mula bersuara...saya nk g join mmber saya la...syok je tgk dorg main keta dashangkuro tu...aku menyusun kata sebaik mungkin...aku tinggalkan awek tu...tanpa mengucapkan selamat tinggal...sayup2 aku dengar suara tangis awek tu...aku patah balik ke tempat awek tu...aku tengok wajah nya ceria kembali...aku menghampiri nya...awak, saya nk tuala kecik saya tu...kan awak bagi hadiah kt saya...nanti buruk siku klo awak ambik balik....



    Friday, October 9, 2009

    INGIN JADI BUDAK YG BAIK



    harapan saya agar saya menjadi seorang budak yang baik dan berbudi pekerti selaras dengan kehendak pembangunan insaniah....

    Wednesday, October 7, 2009

    INTISARI RANCANGAN

    "siapkan PSM anda sebelum diminta"

    hari itu mood aina sangat baik...sangat gembira dia bersama teman nya si alia...sehinggakan mereka ke perpustakaan pun bersama - sama...terdetik juga di hati kecil ini akan hubungan mereka yang sangat akrab aku kira itu, tapi terus aku buang jauh2 perasaan negatif aku itu...pesan mak aku, jangan kamoo bersangka buruk terhadap orang sekeliling....aku akur....

    alia dan aina terus berjalan - jalan sambil bergelak ketawa...walaupun aina dikenakan denda 5posen sebab pulangkan buku lewat sehari...tapi masalah tersebut bukan penghalang untuk mereka bergembira...aku biarkan perasaan mereka walaupun perasaan ragu2 mula timbul dalam benak ku...adakah mereka pasangan songsang...nauzubillah....

    sebenarnya...dari tadi aku menunggu kelibat seseorg,mana pergi nya dia...aku pun xpasti....dalam asyik aku mengelamun...tiba2 aku terdengar alia menjerit....saat itu mereka dibahu jalan raya...kelibat 2org jejaka yang bertopeng membuatkan aku faham akan keadaan sebenar....kalau lah aku dapat tolong mereka...tapi aku xmampu.....maafkan aku...

    saat ditunggu....lisa datang dengan pantas...sangat laju...lisa bergasak dengan 2org lelaki itu...aku memerhati dengan sepenuh perhatian...nampaknya lisa mempunyai kuasa yang sangat luar biasa....aina sedang menangis, mungkin terkejut dengan keadaan sebenar....alia sedang berusaha memujuk aina...usaha alia berhasil...

    usaha lisa juga nampak nya berjaya bilamana 2org lelaki bertopeng itu mula melarikan diri...aku sangat mengantuk, aku pandang jam dinding...pkol 930malam...aku bangun capai remote tv...aku off kan tv tersebut...dalam hati aku memaki drama yang baru je aku tgk tadi...cakap bio-nik, tapi batang hidung bio-nik xnampak gak bila ada org dalam kesusahan...aku bentang tilam, aku tutup lampu dan seawal pkol935....aku mula dibuai mimpi....

    nota pendek..cerita diatas tiada kaitan dengan watak yang hidup atau yang telah meninggal....jika terdapat persamaan, ia nya hanya lah secara kebetulan.....

    Monday, October 5, 2009

    ulasan game2 yg x bape penting

    chelsea vs liverpool

    "anelka sungguh bergaya", daily mirror.

    dh dijangka, benitez kuar statement same tiap kali kalah. "Reds still title contenders".
    bosan dh dngar, kalah ttp makin banyak.
    xleh gune ini coach.

    aku duk umah je mlm td, tgu result kt livescore, game x pnting sangat. bleh budjet drogba hero mlm td.



    arsenal vs blackburn


    "sy lagi sayang barca", cesc fabregas.

    sbagai coach arsenal paling lame, mmg layak la die dapat adiah mc ni. 6-2. tahniah wenger.
    game yg best2 utk fan team selain 2 team ni. banyak goal, 1st half dh 5 gol. gler2.. mcm main bola baling plak...

    fabregas. name paling "outstanding" mlm td, 1 gol, 4 assist.
    tp, time lwn team kuat, die mcm mati je, lwn team cap ayam bkn main hero.
    kne blaja lg orang muda ni.

    vermalean-defend paling top stakat ni.

    kate-kate akhir aku, teruskan menang kalo nk rampas mahkota MANCHESTER UNITED.
    sekian.